Wednesday 9 November 2011

LAGU-LAGU PANDU PUTERI TUNAS

LAGU PESTA
Dari setiap sudut dunia
Kanak-kanak pelbagai bangsa
Berkongsi idea untuk dunia
Sejahtera, kerjasama, gembira.

Tunas Puteri ikut semua
Hilangkan duka sesama kita
Tunas Puteri ikut semua
Hilangkan duka sesama kita

Kini tiba kita berpisah
Ke tempat asal kita tuju
Bina rasa riang ria
Untuk seluruh kanak-kanak dunia

PESTA SONG
From every corner of the world
Girls of all races gather here
Share ideas for a better world
Thru’ caring, love, fun and laughter
Brownies, Brownies come to gather here
Be merry, be happy let’s all have fun here
Brownies, Brownies come to gather here
Be merry, be happy let’s all have fun here
Now we have spent some days of joy...
As everyone goes everywhere
To play our part in bringing joy
To all the children every where

MARI KITA RENUNGKAN SEJENAK


Di sini dapat kita lihat, betapa Allah SWT itu Maha Pengampun.

Jadi, kita sebagai hamba yang lemah, hendaklah bersedia mengampunkan kesalahan orang lain. Jika kita memaafkan kesalahan orang lain, ini bermakna kita tidak membenarkan emosi dendam itu menguasai kita. Dan akhirnya, kita akan berjiwa tenang.


Selain itu, sikap berdendam juga (yang memutuskan silaturahim) tidak baik hal ini kerana Allah melarang kita memutuskan silaturahim. Apabila sesuatu itu diharamkan Allah SWT, itu bermakna sesuatu itu haram.




Memang susah untuk kita berbaik-baik dengan seseorang yang telah melukakan hati kita itu. Tetapi, cukuplah dengan kita tidak berdendam dengannya, melemparkan senyuman apabila berselisih dan yang paling penting tidak berniat memutuskan silaturahim dengannya.


Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. [4:1]


(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi. [2:27]


Rasulullah SAW juga menuntut kita bermaaf-maafan.


“Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini!Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya” [Hadis Riwayat Muslim].


“Yang bernama hebat bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawannya,tetapi orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah” [Hadis Riwayat Muslim]


dan pelbagai lagi hadis yang menunjukkan sikap berdendam dan memutuskan silaturahim itu adalah dilarang dalam Islam.


Kesimpulannya, jika kita mengharapkan Allah SWT memaafkan kesalahan kita yang besar, bagaimana kita tidak boleh memaafkan kesalahan orang lain?


Ya, mungkin kesalahan orang lain itu terlalu besar bagi kita untuk dimaafkan, tetapi cuba kita belajar memaafkan dan melupakan perkara tersebut. Anda akan merasa kesannya kepada jiwa anda selepas anda mula memaafkan mereka. InsyaAllah. — 


SEKADAR SELINGAN


 
Lapisan bawah: kek perisa vanilla diatur sebagai base dan disiram dgn air fruit cocktail lapisan kedua: 6 sudu besar kastad + 1 bij telur + susu manis + 3 cawan air & sesudu vanilla, kacau atas api perlahan sehingga mendidih, curah atas kek tadi. lapisan ketiga:serbuk jelly raspberry + 400 ml air, masak hingga mendidih, curah atas lapisan kastad tadi. lapisan atas: whipping cream + sedikit gula aising dan vanilla, whip hingga pekat kelajuan no 1., curah atas lapisan jelly tadi dan atur buah peach. Sejukkan

Tuesday 8 November 2011

LATAR BELAKANG PPM.
Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program Pandu Puteri yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia.

Matlamat PENDIDIKAN BUKAN FORMALyang berkualiti ialah “Jerih, Rapi, Kaitan dan Hubungan”. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai matlamat untuk memantapkan tahap kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan program dan aktiviti Pandu Puteri relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu Puteri dan boleh digunakan untuk manfaatnya pada masa hadapan, serta memupuk perhubungan baik antara Pandu Puteri, dewasa dan remaja.

Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM Pandu Puteri yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System)yang menjadi ciri utama pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.

PROGRAM Pandu Puteri yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-undang Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli :
  • Boleh dipercayai
  • Sentiasa taat dan setia
  • Suka menolong orang lain
  • Bersabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain
  • Sentiasa bersopan santun
  • Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar
  • Sentiasa menurut perintah
  • Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan
  • Sentiasa berjimat cermat
  • Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
Asas program Pandu Puteri terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program Pandu Puteri juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif.

Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM Pandu Puteri yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System)yang menjadi ciri utama pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.

PROGRAM Pandu Puteri juga memenuhi minat dan kebolehan semua peringkat ahli melalui sistem latihan dan skim Lencana Kecekapan. Seseorang ahli muda digalakkan berusaha supaya berjaya menjadi seorang PANDU PUTERI RAJA, manakala Pemimpin digalakkan untuk mendapat MUTIARA PEMIMPIN.
RANCANGAN Pandu Puteriyang bersesuaian disediakan di semua peringkat – pasukan, daerah, negeri dan kebangsaan.
  • Perancangan jangka panjang disediakan di peringkat kebangsaan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan dengan kerjasama Jawatankuasa Kerja Kebangsaan
  • Perancangan jangka pendek dan strategi pelaksanaan disediakan di peringkat negeri oleh Pesuruhjaya Cawangan dan Pesuruhjaya Bahagian di cawangan serta Pemimpin
  • Pemimpin dan ahli muda melaksanakan rancangan jangka pendek di dalam Pasukan
  • Pesuruhjaya Cawangan bermesyuarat dengan Pemimpin sekali sebulan atau dua bulan sekali
  • Pesuruhjaya menghadiri Persidangan Tahunan Pesuruhjaya
Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini mempunyai 85,000 orang ahli dan sukarelawan di seluruh Malaysia.

Di peringkat kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan ahli gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO).

Di peringkat antarabangsa pula, Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah ahli penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (World Association of Girl Guides and Girl Scouts – WAGGGS).
Persatuan Pandu Puteri Malaysia juga merupakan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) adalah edisi tempatan untuk Anugerah “Duke of Edinburgh’s Award” atau kini dikenali sebagai “International Award Association”.
PANDU PUTERI TUNAS
Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama Brownie. Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun 1984. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama Brownie kepada Pandu Puteri Tunas. Nama ini lebih sesuai digunakan selaras dengan perkembangan bahasa di negara kita. Pandu Puteri Tunas berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok. Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri. Gabungan huruf TUNAS PUTERI mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna.



T    Tolong orang selalu
U    Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara
N    Nilai hidup yang murni
A    Akhlak yang utuh
S    Selalu senyum tanda persahabatan
   Patuh kepada undang-undang Tunas Puteri
U    Utamakan tanggungjawab sendiri
T    Tabah menghadapi cabaran
E    Erat dalam perpaduan
R    Rela berkhidmat untuk masyarakat
I     Indah budi bahasa
Ahli Pandu Puteri Tunas
Pandu Puteri Tunas dianggotai oleh kanak-kanak perempuan yang berusia 7 hingga 12 tahun. Bagi ahli baru, mereka akan menjalani latihan berdasarkan Program Pra-Persetiaan sebelum menyertai Pek Pandu Puteri Tunas. Setelah lulus ujian Pra-persetiaan ini, mereka dilantik menjadi seorang Pandu Puteri Tunas dalam istiadat perlantikan. Untuk mencapai kecemerlangan yang lebih, mereka dilatih dan diuji melalui Program Calit Emas, Tangga Emas, di samping mengambil ujian Lencana Kecekapan yang digemari.

Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh dengan ikrar yang dilafaz. Ikrar ini menunjukkan bahawa seorang Pandu Puteri Tunas itu sentiasa bersopan santun dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Ikrar Pandu Puteri Tunas berbunyi begini:

“Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia, Menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan mematuhi undang- undang Pandu Puteri Tunas.”
Undang-Undang Pandu Puteri Tunas
Pandu Puteri Tunas mempunyai undang-undang yang mesti dipatuhi oleh ahli-ahlinya. Terdapat dua undang-undang Pandu Puteri Tunas iaitu:
Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya.
Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja.
Cogan Kata Pandu Puteri Tunas
Cogan kata Pandu Puteri Tunas adalah 'Tolong Orang Selalu' (TOS). Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar.
Kumpulan Pandu Puteri Tunas
Nama kumpulan Pandu Puteri Tunas adalah terdiri daripada nama-nama bunga, seperti Melur, Siantan, Teratai, Kesidang, Cempaka dan Kenanga.

Monday 7 November 2011

CIPTAAN TUHAN

Aku Seorang Guru

Selamat Hari Guru
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.