Wednesday 9 November 2011

MARI KITA RENUNGKAN SEJENAK


Di sini dapat kita lihat, betapa Allah SWT itu Maha Pengampun.

Jadi, kita sebagai hamba yang lemah, hendaklah bersedia mengampunkan kesalahan orang lain. Jika kita memaafkan kesalahan orang lain, ini bermakna kita tidak membenarkan emosi dendam itu menguasai kita. Dan akhirnya, kita akan berjiwa tenang.


Selain itu, sikap berdendam juga (yang memutuskan silaturahim) tidak baik hal ini kerana Allah melarang kita memutuskan silaturahim. Apabila sesuatu itu diharamkan Allah SWT, itu bermakna sesuatu itu haram.




Memang susah untuk kita berbaik-baik dengan seseorang yang telah melukakan hati kita itu. Tetapi, cukuplah dengan kita tidak berdendam dengannya, melemparkan senyuman apabila berselisih dan yang paling penting tidak berniat memutuskan silaturahim dengannya.


Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. [4:1]


(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi. [2:27]


Rasulullah SAW juga menuntut kita bermaaf-maafan.


“Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini!Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya” [Hadis Riwayat Muslim].


“Yang bernama hebat bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawannya,tetapi orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah” [Hadis Riwayat Muslim]


dan pelbagai lagi hadis yang menunjukkan sikap berdendam dan memutuskan silaturahim itu adalah dilarang dalam Islam.


Kesimpulannya, jika kita mengharapkan Allah SWT memaafkan kesalahan kita yang besar, bagaimana kita tidak boleh memaafkan kesalahan orang lain?


Ya, mungkin kesalahan orang lain itu terlalu besar bagi kita untuk dimaafkan, tetapi cuba kita belajar memaafkan dan melupakan perkara tersebut. Anda akan merasa kesannya kepada jiwa anda selepas anda mula memaafkan mereka. InsyaAllah. — 


No comments:

Post a Comment